Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DBKL Arah Rumah Apartment Tingkat 15 Jual ‘Ayam Kipuk’ Ditutup

today28 July 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Nasib hidangan ‘Ayam Kipuk’ yang beroperasi di tingkat 15 sebuah apartment nampaknya tidak panjang apabila diserbu oleh penguatkuasa daripada DBKL.

Artikel Berkaitan:

Dalam satu hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh laman Mawaddah Abu Bakar via FB B40 Buat Hal Apa Harini, difahamkan bahawa hidangan yang beroperasi dirumah itu telah diminta untuk tutup oleh pihak DBKL.

Menurut catatan tersebut, DBKL atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menerima laporan selepas hidangan itu tular di media sosial.

“Akhirnya Ayam Kipuk tumbang. Dbkl datang ckp ada orang report selepas viral. Tapi mungkin ini Allah mahu mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan diatas dosa saya berniaga dirumah. Saya redha.

“Saya akan bawa ibu dan adik OKU saya balik kampung dulu.

“Kami akan pindah insyaAllah tempat yg lagi baik (Shoplot atas tingkat 3). Saya akan suruh abang saya yg manage. Tq Abg rider, customer, dan jiran2 semua yg selalu support…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post