Dalam pada itu, mereka memaklumkan permohonan untuk mendapatkan lesen penjajaan akan dibuka selama sebulan bermula 1 Jun sehingga 30 jun depan, kecuali bagi lesen penjaja beredar tanpa kenderaan melalui program semasa yang tertakluk kepada kelulusan dalam tempoh ditetapkan.
“Semua permohonan yang dikemukakan akan dinilai dan disaring mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh DBKL, manakala maklumat lanjut berkaitan syarat kelayakan serta kaedah permohonan akan diumumkan secara terperinci melalui Portal Rasmi DBKL dan saluran media sosial rasmi DBKL.
“Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon yang berjaya pada Ogos depan.
“Semua urusan permohonan hendaklah dibuat secara langsung kepada DBKL kerana pihak kami tidak melantik mana-mana individu, wakil atau pihak ketiga untuk menguruskan permohonan ini, sekali gus mengelakkan unsur penipuan atau penyebaran maklumat tidak sahih.
“DBKL yakin pelaksanaan inisiatif Pemutihan Penjaja 2025 akan menjadi pemangkin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: