Site icon Kool FM

DBP Rancang Jadikan Phuket Pusat Pembangunan Tulisan Jawi Dan Bahasa Melayu


Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merancang untuk menjadikan wilayah Phuket sebagai pusat pertama pembangunan tulisan jawi dan bahasa Melayu di Selatan Thailand. Menurut Bernama agensi itu akan melatih guru-guru tulisan jawi dalam kalangan penduduk setempat untuk mengajar sistem ejaan Jawi terkini secara lebih sistematik.

“Guru-guru ini yang bertindak sebagai duta DBP akan mengajar tulisan jawi serta mempromosikan penggunaan bahasa Melayu di wilayah selatan Thailand.

“Pada peringkat awal tumpuan kita adalah Phuket sebelum berkembang ke enam wilayah Andaman iaitu Krabi, Ranong, Phuket, Phang Nga, Trang dan Satun,” kata Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Salehuddin Abang Shokeran.

Abang Salehuddin berkata kebanyakan penduduk di sini (Phuket) mengetahui asas-asas tulisan Jawi tetapi matlamat utama DBP adalah untuk menonjolkan sistem ejaan Jawi baharu yang digunakan di Malaysia.

Nikmati perjalanan menakjubkan ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version