Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Deco Berjumpa Dengan Ayah JJ Gabriel Untuk Membawa Pemain Itu Ke Nou Camp

today24 September 2026

Background
JJ Gabriel


Barcelona dilaporkan sedang giat merancang masa depan kelab, dengan perhatian mereka bukan sahaja tertumpu kepada pasaran pemain muda, tetapi juga usaha mengukuhkan kedudukan kewangan kelab.

Menurut laporan Marca, pengarah sukan Barcelona, Deco, telah mengadakan pertemuan dengan ejen JJ Gabriel, pemain muda Manchester United yang dilaporkan sedang mencari kelab baharu selepas memutuskan untuk meninggalkan Old Trafford.

Barcelona melihat pemain muda sebagai sebahagian penting dalam perancangan jangka panjang mereka. JJ Gabriel sebelum ini mendapat perhatian besar selepas dianggap antara prospek muda paling menarik dalam akademi Manchester United.

Bagaimanapun, Barcelona bukan satu-satunya kelab yang berminat. Real Madrid juga dilaporkan sedang mengikuti perkembangan pemain tersebut dan presidennya, Florentino Perez, dikatakan sudah campur tangan dalam usaha mendapatkan Gabriel.

Dalam masa sama, Barcelona turut melihat peluang untuk mendapatkan hasil…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post