Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Demi ‘Claim’ Insurans, Pemilik Sanggup Buat Laporan Palsu Dakwa Kereta Audi Dicuri

today23 December 2024

Background
Demi 'Claim' Insurans, Pemilik Sanggup Buat Laporan Palsu Dakwa Kereta Audi Dicuri


Seorang lelaki tempatan berusia 40an sanggup membuat laporan palsu untuk mendapatkan tuntutan insurans.

Pada 21 Disember lalu, lelaki terbabit telah membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau pada jam 3.14 pagi  mendakwa dirinya menjadi mangsa samun pada sehari sebelum.

Baca Juga:

‘Mangsa’ mendakwa pada 20 Disember, 10.22 malam dia telah ditahan dua individu tidak dikenali dan telah menyamun barang peribadi, serta membawa lari kereta jenis Audi.

“Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 295 Kanun Seksaan. Bagaimanapun hasil siasatan dan soal siasat lanjut terhadap ‘mangsa’ mendapati kejadian yang dilaporkan adalah palsu.

“Mangsa membuat laporan palsu bertujuan untuk membuat tuntutan insurans.

“Siasatan selanjutnya terhadap kes itu diteruskan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 6 bulan atau dengan denda yang boleh sampai RM20,000 atau kedua-duanya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post