Site icon Kool FM

Demi Elak Digantung, Exco FAM Dijangka Letak Jawatan Minggu Hadapan

FAM


Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan sebulat suara bakal meletakkan jawatan pada minggu hadapan.

Menurut sumber laporan BH Online, tindakan itu bakal diambil barisan Exco sebagai usaha untuk menyelamatkan badan induk bola sepak negara.

Hal ini kerana FAM berkemungkinan digantung Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu salah laku dalam pendaftaran tujuh pemain warisan negara.

Sebelum ini, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya persatuan itu digantung, kesemua pasukan kebangsaan dan kelab Malaysia tidak dibenarkan untuk beraksi di luar negara.

Kemudiannya, Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi pula mendedahkan exco badan induk tersebut bersedia untuk melepaskan jawatan dipegang.

“Kalau pilihan itu [meletakkan jawatan] adalah keputusan terbaik, kita akan buat secara sebulat suara kerana kita bersatu hati sebagai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version