
Dalam mengejar keunikan dan kesempurnaan memori perkahwinan, pihak jurugambar sedia memberikan cadangan idea yang luar biasa kepada pasangan termasuk pemilihan, tema, tempat penggambaran dan waktu yang sesuai.
Namun, tindakan sepasang pengantin yang mengadakan sesi fotografi perkahwinan berlatarbelakangkan letupan mercun pada lewat malam telah bertukar menjadi satu kontroversi.
Demi merakam sekeping gambar kenangan yang disifatkan ‘estetik’, ketenteraman awam seolah-olah diketepikan, sekali gus mencetuskan kemarahan penduduk setempat yang terganggu waktu rehat mereka.
Menerusi perkongsian seorang pengguna yang dikenali sebagai @hunnyrara, dia meluahkan kekecewaan apabila waktu rehatnya di malam hari terganggu dek kerana kewujudan sesi pengambaran sepasang pengantin yang mahu berlatar belakangan percikan mercun.

“Orang bodoh mana ni? aku mmg panas hati je, dah la bukan korg je berkali org aku hadap main mercun pepagi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: