Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Demi Jimat RM77 Bilion, Volkswagen Berhentikan 35,000 Pekerja

today23 December 2024

Background
Volkswagen berhentikan pekerja


Volkswagen (VW), pengeluar kenderaan terbesar di Eropah, telah mengumumkan langkah untuk menstruktur semula operasinya di Jerman, termasuk dengan berhentikan lebih daripada 35,000 pekerja pada masa hadapan serta pengurangan kapasiti produksi.

Reuters melaporkan bahawa langkah ini dibuat setelah mencapai persetujuan dengan kesatuan pekerja dalam usaha untuk mengelakkan mogok besar-besaran yang boleh merugikan syarikat.

Pemimpin kesatuan pekerja menggambarkan perjanjian ini sebagai “keajaiban” selepas menjalani rundingan selama 70 jam, yang merupakan sesi terpanjang dalam sejarah 87 tahun VW.

Dalam perjanjian ini, tiada penutupan tapak atau pemberhentian kerja secara langsung yang akan berlaku, dan VW menarik semula cadangan pemotongan gaji sebanyak 10%.

Khabar ini memberikan kelegaan kepada pelabur.

Saham Volkswagen naik sebanyak 2.4% dalam dagangan selepas waktu kerja, walaupun secara keseluruhan telah merosot sebanyak 23% sepanjang tahun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post