Site icon Kool FM

Demi Piala Dunia 2026, Ini Langkah Strategik Diambil Neymar

Neymar


Neymar nampaknya sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan namanya turut tersenarai dalam skuad kebangsaan Brazil bagi menghadapi Piala Dunia 2026.

Tidak mendapat tempat di hati Carlo Ancelotti untuk dua aksi persahabatan tempoh hari, dalam diam Neymar telah melakukan satu pembedahan lutut.

Menurut sumber laporan Marca, pemain berusia 34 tahun itu sebenarnya sudah membuat keputusan untuk menjalani pembedahan lutut selepas musim lalu Campeonato Brasileiro Serie A.

Namun kali ini dia kembali menjalani prosedur bagi rawatan regeneratif menggunakan platelet-rich plasma (PRP) untuk menguatkan tisu sendi.

Mengambil kesempatan  tidak dipilih untuk aksi persahabatan bertemu Perancis dan Croatia tempoh hari, bintang Santos itu merancang jadual pembedahan secara strategik bagi mengelakkan gangguan terhadap jadual kelabnya.

Ia juga bertujuan untuk mendapatkan masa pemulihan yang berharga dalam usaha mengejar kecergasan menjelang kejohanan bola sepak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version