Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Salah satu cara meraih wang di internet adalah dengan melakukan live di TikTok. Tetapi selain menghiburkan dengan bersembang atau membuat jualan, ada pula yang sanggup melakukan perkara bodoh hanya kerana mahu meraih secebis wang.
Artikel Berkaitan:
Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Komandan Marco, beliau memperlihatkan dua rakaman video dari TikTok yang mana setiap video itu menunjukkan individu melakukan perkara yang tidak senonoh.
Dalam video tersebut, kelihatan individu itu menyapu wajah dengan air dari lubang jamban sambil berinteraksi sesama sendiri.
Menurut individu yang kongsikan video ini, biarpun mereka mendakwa air jamban itu bersih, ia masih menjadi satu perkara yang menjijikkan kerana di situlah tempat untuk manusia salurkan najis mereka.
Bahkan sebagai umat islam, pastinya kita dah sedia maklum bahawa tempat-tempat sebegini bukanlah ‘bersih’.
“Nak duit pon agak-agak la,main benda kotor macam tu….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: