Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Famili

Demi Wang Pusaka RM50K, Anak Sanggup Tetak Ibu Sampai Mati

today19 September 2022

Background


Di New York, seorang lelaki bertindak kejam dan mengaku bersalah atas tuduhan membunuh ibu kandungnya untuk mendapatkan wang pusaka bernilai AS$11,000 (RM49,890).

Jared End dikatakan memukul dan menetak ibunya semasa mereka bergaduh dan teman wanita Jared, Jennifer turut membantu membersihkan lokasi kejadian.

Baca juga: Doktor Sanggup Lari 3KM Elak Kesesakan Lalu Lintas Demi Selamatkan Pesakit

DEMI WANG PUSAKA RM50K, ANAK SANGGUP TETAK IBU SAMPAI MATI

Menerusi laman berita United Press International (UPI), selepas membunuh ibu sendiri, pasangan berkenaan membawa mayat ke New Jersey dan bertemu dengan Caitlyn O’Roure, merupakan seorang lagi kekasih Jared.

O’Rourke didakwa membantu Jared dan Lopez membuang mayat mangsa ke dalam bekas sampah dan polis menemui beberapa kesan tikaman dan objek tumpul pada kepala mangsa.

Sarang tangan getah berdarah turut ditemui dan mesej yang dihantar daripada  Lopez kepada O’Rourke memberitahu bahawa rumah telah dibersihkan.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Haidatina Aznam


Previous post