Kool FM

Dendeng Nyet Berapi Selamat Dari Kebakaran, Ramai Puji ‘Packaging’ KA Berkualiti


Jika dahulu jenama botol terkemuka iaitu Stanley mempamerkan kualiti botolnya yang selamat dalam kereta terbakar, kini Khairul Aming nampaknya mengikut jejak langkah yang sama apabila pek sambal dendeng yang dijual mempamerkan perkara yang sama.

Seorang wanita menerusi TikToknya berkongsi kisah rumahnya yang terbakar tetapi apa yang mencuri perhatian adalah bagaimana keadaan dendeng nyet berapi keluaran Khairul Aming masih utuh dan tidak dimamah api.

Menerusi gambar yang dikongsikan, keadaan pek dendeng nyet berapi masih dalam dalam keadaan baik dan hanya kelihatan kesan seperti habuk dari kesan terbakar yang melekat padanya.

Wanita itu dengan berseloroh mengatakan “kalis api betul dendeng khairul aming ni” kerana masih berada dalam keadaan baik walaupun keadaan rumah asal sudah mengalami kebakaran.

Sambal nyet berapi
Sumber Gambar: TikTok

Gambar yang dikongsikan itu langsung menjadi perbualan hangat di mana meraih lebih 100,000 jumlah tontonan dan rata-rata…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version