Kool FM

Dengan Sekali Lafaz, Ezlisa Loy Sah Bergelar Isteri Hafiz


Pelakon jelita, Ezlisa Loy sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Hafiz Azizi, dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Ahad.

Tahniah!

Ezlisa, atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy, mendirikan rumah tangga pada usia 29 tahun. Momen bahagia itu turut dikongsikan secara langsung menerusi siaran perancang perkahwinan mereka, Sanggul Event.

Adik kepada pelakon terkenal Elfira Loy itu menerima mas kahwin berjumlah RM300.

Ezlisa kelihatan anggun dalam busana pengantin berona putih, sedondon dengan suaminya, mencuri perhatian ramai.

Majlis pernikahan yang diadakan secara eksklusif dan meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang berlangsung pada 27 April 2024, menandakan permulaan fasa baharu dalam hubungan cinta mereka.

Video

Sumber: Qeqoz Gifts & Cafe



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version