Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Sebut sahaja kartun animasi BoBoiBoy, watak Papa Zola yang terkenal dengan tagline ‘kebenaran’ antara yang menyerlah karakternya selain cukup menghiburkan. Malah, populariti Papa Zola boleh dikatakan setanding dengan watak-watak utama yang lain.
Bagaimanapun, para penonton mungkin tidak lagi dapat menonton watak berkenaan dalam filem BoBoiBoy akan datang kerana Monsta membuat keputusan untuk membuang satu watak dalam filem itu disebabkan terlalu banyak watak dan masing-masing merebut masa di dalam skrin.
Dalam satu kenyataan, Nizam Abd. Razak selaku CEO Monsta dan juga pelakon suara Papa Zola mengesahkan bahawa watak Papa Zola akan dibuang daripada filem BoBoiBoy akan datang.
Menurutnya, watak-watak lain dapat diberi peluang untuk lebih menyerlah dalam filem dengan membuang watak Papa Zola. Walaupun dibuang dalam filem, tetapi watak tersebut masih ada lagi menerusi siri animasi dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: