Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Dental Valet mahu kuasai perkhidmatan pakar pergigian kanak-kanak

today9 January 2023

Background


SHAH ALAM – Masih ramai masyarakat yang tidak suka kepada doktor gigi malah  tidak suka berkunjung ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan apatah lagi mahu membuat pemeriksaan gigi secara berkala.

Trauma atau persepsi menakutkan mengenai rawatan gigi yang pastinya memberi kesakitan sentiasa membayangi pesakit meskipun persekitaran dan klinik tersebut telah diubah suai serta dilengkapi dengan peralatan perubatan yang semakin canggih dan moden.

Tetapi semua cabaran itu menjadi semangat dan motivasi bagi pemilik empayar DV Group Berhad dan juga pengasas Klinik Pakar Pergigian Kanak-kanak Dental Valet serta seorang pakar perunding pergigian kanak-kanak, Dr. Nazatul Sabariah Ahmad, 42.

Wanita yang berasal dari Taiping, Perak itu sentiasa berinovatif untuk mengubah persepsi negatif tersebut melalui pendekatan dua buah cawangan klinik yang dimilikinya iaitu di Bangi dan yang terbaharu di Seksyen 13 di sini.

Klinik kedua dalam premis tiga tingkat itu dihias cantik dengan rekaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post