Site icon Kool FM

Deposit Simpan SSPN catat rekod tertinggi


PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatat rekod tertinggi bagi deposit Simpan SSPN bagi tahun 2021 berban­ding tiga tahun sebelumnya de­ngan jumlah deposit sebanyak RM3.01 bilion.

Jumlah peningkatan sebanyak RM1.02 bilion atau 50.95 peratus berbanding deposit tahun 2020 (RM1.99 bilion) itu mencatat satu rekod baharu yang membanggakan buat badan tersebut.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jumlah keseluruhan deposit Simpan SSPN terkumpul sehingga 31 Di­sember 2021 adalah sebanyak RM10.88 bilion.

Menurutnya, terimaan depo­sit berjumlah RM3.01 bilion bagi tahun lalu merupakan 167.08 pe­ratus berbanding sasaran tahun 2021 sebanyak RM1.8 bilion.

“Terimaan ini juga merupakan 27.63 peratus daripada keseluruhan deposit yang diterima sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004,” katanya dalam kenyataan.

Wan Saiful menerangkan, bagi prestasi pembukaan akaun baharu Simpan SSPN pada tahun 2021 pula, sebanyak 421,281 telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version