Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Derma mangsa pelarian Syria berkurangan

today10 March 2022

Background


SHAH ALAM – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care mengakui, sumbangan wang daripada rakyat Malaysia kepada mangsa pelarian Syria semakin berkurangan, sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, hal ini dapat dibuktikan dengan kemerosotan sumbangan sebanyak 18 peratus dari tahun 2019 sehingga 2020, manakala 25 peratus bagi tahun 2020 hingga 2021.

“Pada tahun 2020, kami berjaya mengutip RM13,995,827, namun pada tahun lalu, hanya me­ngutip RM10,542,765.

“Saya tidak nafikan berlakunya pandemik Covid-19 menjadi salah satu faktor jumlah sumbangan merosot. Bagaimanapun tetap bersyukur kerana ada rakyat Malaysia yang tidak jemu memberikan sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar tentang pengumuman kempen mengutip dana bantuan Ramadan pelarian Syria di ibu pejabat Syria Care di Seksyen 13 di sini semalam.

Justeru, menurut Siti Sakinah, pelbagai cara telah dilakukan pihaknya bagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS


Previous post

Ekonomi

Desaru Coast tawar perkhidmatan feri penumpang

Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) telah meningkatkan ke­salinghubungan antarabangsanya dengan melantik Desaru Link Ferry Services Pte. Ltd., anak syarikat Batam Fast Ferry Pte. Ltd. (Batam Fast) untuk menawarkan perkhidmatan feri penumpang menghubungkan Terminal Feri Tanah Merah, Si­ngapura dengan Terminal Feri Desaru Coast, Johor.

today10 March 2022