Detik Cemas Ryzal Ibrahim & Maryam, Anak Tak Sedarkan Diri Selepas Jatuh Katil – ‘Kuat Dia Nangis Lepas Tu Diam’
Shahira
Usahawan dan personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berdepan detik cemas apabila anak lelakinya, Rian, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas terjatuh dari katil baru-baru ini.
Gugur jantung kami melihat anak sendiri tak sedarkan diri lepas jatuh katil. Kuat dia menangis lepas tu diam dan tutup mata seolah tidur, tiada respon dan kita terus bawa ke Emergency. Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke Emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya! Ya Allah sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku, sungguh tiada kata dapat digambarkan.. berharap, bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah S.W.T. supaya berikan kami peluang untuk melihat anak kami sedar ya Allah…