Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Detik-Detik Penggunaan VAR Di Stadium Sultan Ibrahim

today13 December 2023

Background
VAR Stadium Sultan Ibrahim


Teknologi Video Bantuan Pengadlil (VAR) memberi kesan kepada kebangkitan pasukan JDT ketika menewaskan BG Pathum United 4-1 pada aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.

Pengadil perlawanan dari China, Ma Ning memberikan sepakan penalti kepada JDT selepas meneliti rakaman video di monitor khas yang disediakan di tepi padang.

Ketika itu JDT ketinggalan 0-1 dan Bergson Da Silva menyempurnakan sepakan penalti untuk gol penyamaan pada minit ke 55.

“Memang terkejut ketika diberikan penalti kerana saya menanduk bola hasil sepakan sudut Heberty (Fernandes) dalam keadaan menutup mata jadi saya tidak nampak sama ada pemain lawan ada menyentuh bola menggunakan tangan atau tidak. Semuanya berlaku dengan pantas.

“Tetapi sistem VAR menunjuk dengan jelas bahawa pemain BG Pathum menghalang bola dengan menggunakan tangan dan kami gembira dengan keputusan pengadil perlawanan dan ia memberi impak positif,” kata Bergson kepada Harian Metro

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Sukan

Amin tetap puji aksi Young Tigers

Kuala Lumpur: Pengendali skuad hoki remaja negara, Muhamad Amin Rahim tetap memuji prestasi pemainnya yang mempamerkan aksi konsisten meskipun tewas kepada Belgium pada perlawanan klasifikasi kesembilan sehingga ke-12, Piala Dunia Remaja, hari ini.

today13 December 2023