Site icon Kool FM

Devisa aktif turun padang jumpa stokis, pengedar


JOHOR BAHRU – Devisa Empire Sdn. Bhd. (Devisa Empire) sedang menggiatkan usaha me­ningkatkan pengetahuan produk dalam kalangan para pengedarnya sekali gus menaikkan semangat mereka bangkit semula selepas terkesan daripada pandemik Covid-19.

Pengasas syarikat, Saebah Abd. Rahim berkata, inisiatif turun padang bersemuka dan berjumpa dengan stokis serta pengedar adalah salah satu ja­dual ketat yang akan membuatnya sibuk sepanjang tahun ini.

“Ramai stokis dan pengedar yang terjejas dalam tempoh pandemik dua tahun lalu, jadi dengan kunjungan kami dari ibu pejabat ke seluruh negara akan membolehkan mereka semakin bersemangat berniaga selain meningkatkan pengetahuan dalam aspek promosi secara ­offline dan juga online.

“Ia diibaratkan sebagai serampang dua mata yang mana kami juga bercadang untuk mencari bakat baharu dalam bidang keusahawanan khususnya menjual produk Devisa kerana masih ramai lagi individu yang menganggur dan juga mencari peluang berniaga untuk menambah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version