
Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) enggan menandatangani surat yang menyokong pemilihan semula Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.
Keputusan ini menyerlahkan ketegangan yang semakin memuncak antara badan pentadbir bola sepak Eropah dan organisasi global itu.
Menurut sumber laporan Goal, keadaan tersebut diburukkan lagi oleh keputusan disiplin yang mencetuskan kontroversi serta campur tangan politik luar pada Piala Dunia 2026.
Presiden badan induk bola sepak Jerman, Bernd Neuendorf dilaporkan semakin menjauhkan diri daripada Presiden FIFA yang sering mencetuskan kontroversi sejak kebelakangan ini.
DFB Berkeras
Goal mendedahkan bahawa Neuendorf enggan menandatangani dokumen yang menyatakan sokongan terhadap pencalonan semula Infantino pada Kongres FIFA yang akan berlangsung di Rabat pada 18 Mac 2027.
“DFB tidak menandatangani surat sokongan bagi pemilihan semula Gianni Infantino,” kata badan induk itu, sambil…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
