Pelakon komedi legenda, Dharma Harun menyatakan bahawa fikirannya buntu mengenangkan hutang rumah sewanya yang mencecah RM7,500.00.
Dharma dikunjungi oleh Karyawan yang menyampaikan sedikit sumbangan untuk dia meringankan beban yang seda ditanggungnya.
Pelakon berusia 68 tahun itu turut menanggung 2 orang anaknya yang berusia 36 tahun dan 35 tahun. Dan kedua duanya masih belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Dharma tidak mempunyai pendapatan yang tetap untuk menampung keperluan keluarganya.
Dipetik daripada Harian Metro, pelakon yang popular dengan filem Sikit Punya Gila itu berkata: “Saya memang tiada kerja. Kalau ada tawaran berlakon tiada masalah untuk saya bayar sewa dan tunggakannya.
“Ia satu perkara yang amat membebankan saya dan buat saya tertekan memikirkannya.
@hmetromy Pelakon filem Adik Manja era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, 68, meluahkan kebimbangan terpaksa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: