
Digelar King Of Africa, Herve Renard menyatakan bahawa dia tidak simpati ke atas Brahim Diaz kerana kegagalan pemain itu melakukan penalti dengan gaya panenka.
Menurut Renard, Brahim Diaz hanya beberapa minit sahaja lagi untuk membantu negaranya menamatkan kemarau piala AFCON selama 50 tahun.
Brahim Diaz sendiri boleh menjadikan AFCON kali ini sebagai AFCON miliknya kerana dia menjadi penjaring terbanyak dan sangat cemerlang.
Namun pemain itu memilih untuk melakukan sepakan penalti dengan gaya ‘fancy’ atau cuba mengaibkan penjaga gol lawan dan akhirnya tindakan itu dianggap tidak menghormati rakyat Maghribi.
Panenka Diaz ditangkap dengan mudah Edouard Mendy yang menjadi titik tolak kepada kejayaan Senegal untuk menjuarai AFCON.
Renard berkata: “Mana mana pemain boleh gagal melakukaan penaalti. Namun dalam situasi Brahim Diaz, saya agak ‘categorical’ dan tidak ada toleransi dengan tindakannya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
