
Zlatan Ibrahimovic telah menyindir Cristiano Ronaldo selepas bintang Portugal itu membuat kenyataan ‘saya kembali’ selepas menjaringkan dua gol pada aksi kedua Piala Dunia 2026 awal pagi tadi.
Legenda Sweden tersebut mempersoalkan mengapa penyerang Al-Nassr itu perlu mengumumkan ‘kepulangannya’ selepas perlawanan menentang Uzbekistan.
Cristiano Ronaldo memastikan kamera benar-benar menangkap jelas ucapannya selepas membantukemenangan 5-0 Portugal ke atas Uzbekistan dalam aksi Kumpulan K Piala Dunia.
Selepas melalui perlawanan pembukaan yang sukar apabila gagal menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1 menentang DR Congo, penyerang berusia 41 tahun itu melaungkan “I am back” terus ke arah lensa kamera selepas membantu negaranya meraih tiga mata pertama.
Zlatan Ibrahimovic Sindir Cristiano Ronaldo
Namun begitu, Zlatan Ibrahimovic yang kini bertugas sebagai pengulas di studio Fox Sports, nyata tidak begitu terkesan dengan aksi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: