Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Diana Danielle Kongsi Tips Pada Wanita Pilih Bakal Suami

today3 September 2026

Background
Diana Danielle Kongsi Tips Pilih Bakal Suami – ‘Kalau Dia Memang Nak, Dia Akan Tunjuk’


Pelakon, Diana Danielle tampil berkongsi pandangan mengenai sesebuah hubungan yang memerlukan pasangan untuk bersungguh-sungguh dalam mempertahankannya.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Cari Cef Peribadi Pakar Nutrisi, Tidak Mahu Kedua Anak Makan Nasi Berlauk Setiap Hari

Tips bercinta

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, menasihati golongan wanita agar lebih bijak dalam memilih pasangan hidup.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, setiap lelaki perlu mempunyai kesungguhan untuk memperjuangkan wanita yang diingini selain sentiasa bersedia melindunginya.

Dalam sesebuah hubungan atau perkahwinan, lelaki perlu benar-benar mahu untuk mempertahankan hubungan tersebut.

Kalau hanya perempuan yang terhegeh-hegeh sedangkan lelaki pula sambil lewa, lebih baik jangan diteruskan.

Dia bakal menjadi ketua dalam rumah tangga….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nadhirah


Previous post