Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Diana Danielle Sebak Muhammad Minta Maaf, Serba Salah Sebab Sakit

today6 February 2026

Background
Diana Danielle Sebak Muhammad Minta Maaf, Serba Salah Sebab Sakit – ‘Dia Tak Pernah Susahkan Saya’


Pelakon, Diana Danielle sebak apabila anak sulungnya, Muhammad, meluahkan perasaan bersalah kerana merasakan ibunya terpaksa mengorbankan masa untuk menjaganya ketika sakit.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Enggan Komen Isu Nama Farid Kamil Dipetik Pelakon Ditahan Dadah – ‘Harap Tidak Benar’

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Muhammad Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata dia tidak pernah menganggap anak-anaknya sebagai satu bebanan, sebaliknya ia merupakan tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang ibu.

Muhammad ada minta maaf sebab rasa macam menyusahkan saya. Dia kata saya kena jaga dia, tidak boleh bekerja.

Saya cakap dengan dia, dia tidak pernah menyusahkan saya.

Dia adalah amanah saya. Jadi, tidak kira apa yang berlaku saya akan sentiasa ada dengan dia dan menjaganya.

Tapi sekarang, alhamdulillah dia sudah okay.

Bercerita kembali detik awal Muhammad mengalami lumpuh di bahagian muka, Diana

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hanis Zariman


Previous post

Hiburan Semasa

Doktor maklumkan Along Eyzendy kritikal – isteri

Kuala Lumpur: Status kesihatan pelakon Along Eyzendy, 47, yang ditidurkan petang semalam akibat pendarahan dalam perut kini bergantung kepada hasil prosedur memasukkan kamera (skop) yang dijalankan pihak hospital, pagi tadi. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 February 2026