Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

‘Diaspora World Cup’ Yang Meraikan Kepelbagaian Mengatasi Perpecahan

today23 June 2026

Background
Piala Dunia diaspora


Apabila pemain Sweden, Yasin Ayari, menjaringkan gol tujuh minit selepas membuat penampilan sulung di Piala Dunia, beliau mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf dan bukannya meraikan gol tersebut demi menghormati Tunisia, negara asal bapanya.

Kes melibatkan pemain tengah Brighton ini bukanlah satu kes terpencil di pentas Piala Dunia yang sememangnya dibanjiri pemain yang layak mewakili beberapa buah negara berbeza, sama ada menerusi tempat kelahiran mahupun asal-usul keturunan.

“Ia merupakan perlawanan yang istimewa buat saya, sebab itulah saya tidak meraikan gol pertama kerana saya mempunyai perasaan yang mendalam terhadap negara tersebut (Tunisia), saya cintakan negara ini,” kata Ayari, pemain kelahiran Sweden yang juga layak mewakili negara asal ibunya, Maghribi (Morocco).

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: AFP Wire


Previous post