Menteri Keadilan Thailand, Tawee Sodsong bersama Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, menyatakan banduan Malaysia di penjara Narathiwat, Thailand, termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita dari Kelantan atas kesalahan penyalahgunaan dadah, didapati memuaskan.
Memetik Berita Harian, Ahmad Fahmi berkata secara keseluruhannya, beliau mendapati layanan penjara terhadap semua banduan, termasuk banduan Malaysia yang beragama Islam, adalah sangat baik kerana kemudahan seperti makanan halal dan tempat solat disediakan.
Baca Juga:
“Saya telah berjumpa dengan banduan Malaysia. Alhamdulillah, keadaan mereka sihat dan baik,” katanya kepada pemberita pada Ahad selepas melawat penjara itu untuk meninjau layanan pihak penjara terhadap tahanan warga Malaysia di situ.
Memetik laporan itu lagi, Tawee berkata lawatan itu diadakan untuk memberi peluang kepada wakil Malaysia melihat sendiri sistem keadilan Thailand dan layanan terhadap…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
