Kulim: “Kami cuma nak tumpang,” itulah alasan yang diberikan wanita dan seorang remaja perempuan ketika ditahan selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah sewa di Taman Desa Impiana di sini, hari ini.
Kedua mereka termasuk remaja perempuan berusia 15 tahun itu gagal membuktikan hubungan mahram atau suami isteri dengan dua lelaki yang menyewa rumah berkenaan ketika diperiksa anggota Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK).
Dalam pemeriksaan pada 2.45 pagi itu, wanita berusia 39 tahun dan remaja…