Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Didakwa Curi RM85,000 Semasa Operasi ‘Mini Dhaka’, Tiga Polis Mengaku Tidak Bersalah

today29 December 2023

Background
Didakwa Curi RM85,000 Semasa Operasi 'Mini Dhaka', Tiga Polis Mengaku Tidak Bersalah


Tiga anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencuri wang berjumlah RM85,000 daripada sebuah premis perniagaan ketika operasi menggempur warga asing digelar ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang, Khamis lalu.

Memetik laporan Harian Metro, dua Lans Koperal iaitu Mohamad Adib Mohd Zafri, 35, dan Mohamad Amirul Aiman Mamat, 29, serta Koperal Muhamad Hafiz Irsyad Mohd Nawi, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Artikel Berkaitan:

Mengikut pertuduhan, mereka dengan niat bersama mencuri wang RM85,000 milik NGWE Gabar Sdn Bhd di No 29, Tingkat 1, Jalan Lebuh Pudu, Jalan Silang, dekat sini pada 2.27 petang, 21 Disember lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham tidak menawarkan sebarang ikat jamin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post