Site icon Kool FM

Didakwa Disihir Akibat Mulut Tiada ‘Insurans’, Azwan Ali Kongsi Detik Perit Ketika Dirawat


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini, pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA dilaporkan terkena sihir buatan orang gara-gara mempunyai mulut yang lantang.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, Azwan Ali telah memuat naik sebuah video di laman X memaparkan dirinya sedang menjalani rawatan akibat terkena sihir dan rawatan tersebut dilakukan oleh seorang individu dipercayai perawat Islam.

Menerusi video terbabit, dia dilihat menahan sakit tanpa mengeluarkan suara ketika ayat suci dibacakan sambil dadanya ditekan beberapa kali.

Dalam ciapan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur dan memaklumkan mendapatkan rawatan akibat sihir tersebut dan kini dalam proses penyembuhan.

Exit mobile version