Sebut sahaja jenama Honda, pasti orang ramai terbayangkan kisah-kisah ‘perangai’ pelik dan aneh pemandu-pemandu kereta jenama Jepun tersebut. Sebelum ini seorang pengguna jalan raya berjaya menghentikan sebuah Honda City daripada mendapat tol percuma.
Pada pagi tadi pula seorang pengguna Plaza Tol Semenyih terkejut dan mendakwa sebuah Honda HR-V meluru laju mengikuti belakangnya kerana tidak mahu membayar tol di laluan tersebut.
Lebih memeranjatkan lagi apabila kita dapat lihat pemandu Honda tersebut nekad merempuh palang tol terbabit walaupun palang tersebut sudah mula turun untuk menutup laluan.
Video dashcam yang merakam kejadian terbabit pada pukul 9.00 pagi tadi telah menyebabkan orang ramai mengecam tindakan pemandu itu yang hampir-hampir melanggar kereta di hadapannya.
Please help me RT !!! Kereta belakang cucuk dekat Plaza Tol Semenyih, a successful attempt pulak tu 😡😤 pagi pagi dah buat kerja tak senonoh. To anyone yang tahu kat mana boleh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:

