Pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias mempersoalkan pemilihan Anna Jobling sebagai juri untuk program lawak yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Anna Jobling bukanlah nama asing dalam industri seni tanah air. Pelakon jelita itu antara nama yang sedang meningkat naik dalam industri lakonan.
Namun begitu, Didie Alias jelas tidak faham dengan pemilihan Anna Jobling sebagai juri pertandingan lawak.
Ini kerana menurut Didie Alias, masih ramai lagi pelawak senior yang lebih layak daripada Anna Jobling untuk menjadi juri rancangan program tv realiti itu.
Oleh sebab itu Didie Alias jelas kurang setuju ketika melihat pengumuman barisan juri itu program berkenaan di mana ada nama Anna Jobling tersenarai sebagai salah seorang juri.
Dipetik daripada sumber Oh Bulan, Didie Alias percaya pemilihan itu lebih kepada pemasaran dan nilai komersial semata mata.
Didie menulis: “Anna Jobling? Ramai lagi otai yang lain kot. Okay, mungkin untuk komersial ek…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
