
Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan penurunan harga runcit diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter berkuat kuasa mulai Julai 2026.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam satu majlis di Bintulu, Sarawak hari ini.
Mekanisme Penyasaran Subsidi Berasaskan MyKad
Menurut kenyataan rasmi Kementerian Kewangan (MOF), langkah penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara.
Pelaksanaan tersebut bakal menggunakan mekanisme baharu berasaskan sistem pengesahan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
“Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara. Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
