Pelakon Puteri Balqis menempelak tindakan seorang pengguna media sosial yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap diri dan keluarganya.
Balqis nafi ambil bahan terlarang

Menerusi siri hantaran di Instagram Story miliknya, Balqis berang selepas dia dan keluarganya dituduh mengambil bahan terlarang, dadah.
Tidak berdiam diri, pelakon drama Keluarga Itu menafikan fitnah tersebut selain menuntut bukti sekiranya benar dia dan keluarga menghisap dadah.
Hi puan Team kami terima fitnah ni dari anda. Sbb setahu saya, keluarga saya tak ambil dadah. Semua dari family ni tak pernah sekalipun menggunakan dadah.
Kami semua 100% normal waktu bekerja dan tidak bekerja. Jadi boleh anda sertakan dgn bukti kukuh?
Puteri Balqis kemudiannya berkongsi tangkap layar profil media sosial wanita bertudung itu yang menunjukkan gaya hidupnya yang berbeza dengan penampilannya termasuk gambar-gambar yang dianggap seksi.
Bila hati dah sakit, tak dapat jantan yan anda mahu, fitnah pula ibu saya? Fitnah pula…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: