Sebelum ini, tular di media sosial isu gangguan seksual yang dipercayai melibatkan seorang pendakwah terkenal. Bukan itu sahaja, beberapa video dan mesej lucah turut tersebar di media sosial.
Lantaran itu, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung isu terbabit. Terbaharu, pendakwah bebas Ustaz Firdaus Wong Wai Hung menerusi saluran Telegram miliknya telah memuat naik klip video sumpah laknat seorang individu.

Difahamkan, menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu memaparkan seorang lelaki yang disorok identitinya mengakui sebagai abang kepada mangsa serangan seksual membabitkan pendakwah terkenal.
Menurutnya, adiknya telah menerima mesej serta panggilan video lucah daripada pendakwah terbabit sehingga membuatkan mangsa mengalami kemurungan serta cuba untuk membunuh diri.
Ketika ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan terlebih dahulu bagi melindungi mereka. Malah, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung mengatakan mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: