Kelab Turkish Super Lig, Besiktas telah mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrak pemain sayap muda, Emirhan Delibas dengan serta-merta.
Hal ini kerana tular berita mengenai pemain berusia 21 tahun itu yang dikatakan mempunyai akaun di aplikasi temu janji dalam talian.
Artikel Berkaitan:
Perkembangan tersebut disahkan wartawan bola sepak yang cukup terkenal dengan kata-kata ‘Here We Go’ iaitu Fabrizio Romano di laman sosial miliknya.
Beliau bagaimanapun berkeras menafikan perkara tersebut dengan mengatakan ia merupakan akaun palsu. Tambahan pula umurnya pada profil akaun tersebut diletakkan sebagai 24 tahun.
Namun, walaupun menafikan perkara itu, Emirhan tetap mencapai persetujuan bersama dengan pihak pengurusan Besiktas untuk meninggalkan kelab itu.
“Kami telah berpisah dengan pemain bola sepak profesional, Emirhan Delibas dengan persetujuan bersama. Kami mendoakan kejayaan beliau di masa hadapan,” kenyataan yang dikeluarkan Besiktas berhubung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: