Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dikecam Sebab ‘Dislike’ Kuala Lumpur, Mat Salleh Tampil Jelaskan KL Dah Jadi Macam Amerika

today10 October 2024

Background


Menerusi ciapan di laman X, sebuah akaun telah berkongsi perbualan di aplikasi Threads selepas pelancong barat yang memberikan pendapat negatif mereka mengenai Malaysia.

Di dalam aplikasi itu, pelancong berkenaan Negara yang tidak disukai adalah Kuala Lumpur. Selepas ditanya oleh seorang pengguna, pelancong itu kemudia menjawab kerana Kuala Lumpur seakan-akan bandar di Amerika Syarikat.

Ia kerana di Kuala Lumpur dapat dilihat banyak francais syarikat dari luar negara seperti Starbucks, McDonald’s, Dunkin Donut dan lain-lain lagi yang lebih menguasai.

Malah, mereka mendakwa Kuala Lumpur seperti hilang identitinya dengan francais-francais tersebut.

Dia juga memberitahu tempat-tempat yang menunjukkan ‘Malaysia yang sebenar’ adalah seperti Terengganu, Melaka, Kedah, Pahang, Sarawak, Sabah, Penang, dan Georgetown.

Tempat-tempat ini baginya lebih menonjolkan sejarah, budaya, dan keindahan alam semula jadi Malaysia.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post