Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Ketua jurulatih Kedah Darul Aman (KDA), Nafuzi Zain mengakui usaha anak buahnya masih belum mencukupi sekali gus mereka tunduk 2-3 di tangan KL City dalam aksi Liga Super 2023 berlangsung di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Artikel Berkaitan:
Ketinggalan pada minit ke-11 menerusi jaringan Paulo Josue, Kedah kemudiannya bangkit untuk mendahului 2-1 susulan jaringan Jonathan Balotelli dan Bojan Ciger pada babak pertama.
Namun, semuanya tidak berjalan dengan lancar pada separuh masa kedua apabila Romel Morales dan Herlison Caion menemui sentuhan jaringan untuk memberikan kemenangan buat pasukan pelawat.
“Tahniah untuk KL. Kita rasa usaha kita masih belum mencukupi pada malam ini,” ujar Nafuzi menurut sumber laporan di Twitter Astro Arena.
“Mungkin daripada segi itu, KL lagi nampak lebih baik berbanding kita. Kalau tengok daripada awal kita begitu leka.”
“Semudah itu beberapa peluang KL dapat menjaringkan gol…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: