Site icon Kool FM

Dikejutkan Bournemouth, Arsenal Di-boo Penyokong Sendiri


Arsenal dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Bournemouth di Emirates dalam satu perlawanan yang sangat penting untuk mereka melebarkan lagi jurang mata di puncak.

Bournemouth memulakan perlawanan dengan cukup berani dan berjaya mengejutkan tuan rumah apabila membuka jaringan terlebih dahulu hasil gol daripada Eli Junior Kroupi.

Namun skuad Mikel Arteta segera bangkit dan menyamakan kedudukan sebelum rehat separuh masa menerusi gol penalti Viktor Gyokeres.

Memasuki separuh masa kedua, Bournemouth sekali lagi membuktikan keberkesanan taktikal mereka. Mereka kekal disiplin di bahagian pertahanan dan terus mengancam melalui serangan balas.

Strategi itu membuahkan hasil apabila pelawat menjaringkan gol kedua yang akhirnya menjadi gol kemenangan menerusi Alex Scott pada minit ke-74.

Arsenal cuba mencari gol penyamaan di penghujung permainan, namun gagal menembusi benteng pertahanan Bournemouth yang bertahan dengan cukup baik sehingga wisel…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version