Site icon Kool FM

Diketepikan Hukuman Penjara, Farid Kamil Didenda RM5,000 Atas Salah Guna Dadah


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pelakon dan pengarah popular, Farid Kamil Zahidi pada hari ini dilaporkan terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana kesalahan menggunakan dadah, empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said, membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir oleh Farid Kamil, 41, bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2019.

Walau bagaimanapun, Kamaludin mengekalkan dua tahun pengawasan bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ke atas Farid Kamil serta memerintahkannya dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Difahamkan pelakon filem Remp-It 2 itu membayar denda berkenaan.

Sumber: utusan

Kamaludin dalam keputusan sebulat suara itu berkata, mahkamah bersetuju dengan peguam perayu bahawa Mahkamah Majistret tidak konsisten dalam membuat pertimbangan ketika menjatuhkan hukuman terhadap Farid…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version