Site icon Kool FM

Dikongsi Lebih 33,000 kali, Ramai Tidak Sabar Mahu Cuba Cafe Marion Di Cherating


Sebelum ini, Cafe Marion yang terletak di Cherating menjadi perhatian ramai apabila kafe tersebut dikongsikan oleh page Rizal Hakimm Punyer di Facebook. Perkongsian itu telah dikongsi lebih 33,000 kali dan kini fungsi kongsi telah ditutup.

Kalo ke Cherating boleh singgah ke Café Marion milik pasangan suami isteri… Isterinya orang Islam Perancis..Pure…

Posted by Rizal Hakimm Punyer on Sunday, September 12, 2021

Untuk pengetahuan anda, kafe ini dimiliki sepasang suami isteri iaitu Doje dan Marion dan sebenarnya Marion ini sebenarnya seorang Muslim Perancis. Kafe Marion hadir dengan pelbagai seleksi pencuci mulut dan pastri asli Perancis.

Sebut sahaja Perancis, sudah semestinya anda terbayang pelbagai pencuci mulut dan pastri yang akan buat anda terliur. Melihat ke ruangan komen, ramai sudah tidak sabar mahu berkunjung ke kafe tersebut jika berkunjung ke Cherating kelak.

Malah, ada juga yang pernah berkunjung ke kafe itu dan mengatakan kesemua makanan di sana sedap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version