Setelah dikecam teruk oleh netizen baru-baru ini, penyanyi Ning Baizura tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak prihatin dengan situasi di Gaza ekoran reaksi spontan bertanya “Siapa Rafah?” kepada pengikut dalam Instagram.
Ning atau nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, mendakwa tidak berniat mempersendakan situasi mahu pun tempat yang disebut sebagai Rafah.

Sebaliknya, kata Ning, kejadian itu berlaku ketika dia sedang sibuk melayan permintaan peminatnya untuk bawakan lagu yang mereka ingin dia nyanyikan.
“Memandangkan sekarang saya sedang viral, saya fikir, tidak patut hanya berdiam. Saya akui perlukan masa untuk berfikir mengenai apa yang berlaku. Niat saya pada sesi IG Live yang juga sesi karaoke bersama peminat pada hari itu, hanya mahu menghibur dan mengenali dengan lebih rapat peminat saya.
“Ramai meminta lagu dan memberi komen. Ketika saya membuat IG Live itu, sayalah penyanyi, sayalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: