Kebiasaannya, rumah yang dibina di kawasan kampung masih mengamalkan konsep tradisional pada binaannya iaitu dengan menggunakan kayu sebagai dinding. Namun, dinding kayu ini jika tidak dijaga dengan baik ia akan mudah mereput dan dimakan anai-anai.
Justeru itu, penulis ingin kongsikan tips menjaga dinding kayu rumah kampung melalui info yang diperolehi daripada hantaran Aizuddin Akhsan iaitu dengan menggunakan minyak kuin. Bukan sahaja, kayu menjadi sihat dan tiada anai-anai, malah ia menghasilkan warna cat yang memukau!
Baca juga: 7 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Mempesona, Baru ‘Matchy’ Dengan Perabot!
DINDING KAYU RUMAH KAMPUNG

Gambar: Aizuddin Akhsan
Saya nak kongsi sedikit cara saya buat kemasan pada dinding kayu rumah kampung (rumah ayah). Bajet tidak terlalu besar kalau gunakan “Minyak Kuin”.
Minyak ini pun biasa digunakan untuk kemasan rumah kayu dulu-dulu. Harga satu tong 14 liter RM84+-. Dan saya campurkan dengan thinner, nisbah 1:1 sebab terlalu pekat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
