Penyerang Liverpool, Diogo Jota dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan kereta.
Pemain Portugal itu dipercayai menaiki kereta bersama adiknya, Andre yang turut meninggal dunia.
Baca Juga:
Diogo Jota Terlibat Kemalangan
Kereta itu dikatakan terkeluar dari jalan raya, terbabas dan kemudian terbakar.
Jota baru sahaja berkahwin dengan Rute Cardoso, ibu kepada tiga anaknya, dan menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah di dunia.
Liverpool striker Diogo Jota and his brother have both passed away due to traffic accident, reports Marca.
Deepest condolences, support, and thoughts are with those involved, his family and loved ones.
May his soul rest in peace. 🤍🕊️ pic.twitter.com/qwz7soJu5n
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 3, 2025
Nahas berlaku pada A-52 di wilayah Zamora. Jalan raya di Sepanyol merupakan laluan utama yang diambil oleh pemandu yang meninggalkan utara Portugal.
