Tonggak pertahanan negara, Dion Cools menjelaskan beliau dan rakan sepasukan tidak akan memberi laluan mudah kepada jentera serangan Korea Selatan pada aksi terakhir peringkat kumpulan E Piala Asia 2023 esok.
Walaupun tidak layak ke pusingan 16 Piala Asia 2023, skuad Harimau Malaya tekad pamer aksi yang lebih baik berbanding ketika menentang Jordan dan Bahrain.
Artikel Berkaitan:
“Memang tidak bagus apabila kami tak layak ke pusingan 16 tetapi kami teruja menghadapi perlawanan esok.
“Sebagai pemain, ini adalah perlawanan yang anda mahu beraksi (menentang gergasi Asia, Korea Selatan). Kami semua cukup bermotivasi untuk pamerkan aksi terbaik dan ianya bagus untuk mendapatkan pengalaman, mana tahu kami boleh belajar sesuatu dari situ.
“Kami sedar kualiti pemain Korea Selatan termasuk barisan bintang mereka. Kami akan bertahan sebagai satu pasukan. Ini adalah permainan bola sepak dan kami akan menyokong antara satu sama lain,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: