Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dipercayai Tegur Remaja Main Motosikal, Warga Emas Maut Dipukul Cota Besi

today20 June 2025

Background
Dipercayai Tegur Remaja Main Motosikal, Warga Emas Maut Dipukul Cota Besi


Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang cota besi di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam.

Memetik Harian Metro, mangsa, Shamsuddin Mohamad, mengalami kecederaan di bahagian muka meninggal dunia di lokasi kejadian.

Baca Juga:

Menurut adik mangsa, Hasnah Ghazali, 40, kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang selepas abangnya berbual dengan rakan.

Kemudian dia didatangi seorang remaja lelaki yang mengajaknya ke belakang kedai runcit berhampiran, lalu terus memukul mangsa dengan cota besi.

“Abang saya terus rebah tidak sedarkan diri dan kejadian itu disedari seorang lelaki yang melalui kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Adik mangsa mengetahui kejadian itu selepas dihubungi seorang rakan jam 5.45 petang sebelum terus ke lokasi.

Katanya, dia mendapati Shamsuddin sudah pun meninggal dunia dalam keadaan muka yang berlumuran darah.

“Saya difahamkan kejadian ada kaitan dengan teguran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post