Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disabitkan 74 Pertuduhan Salah Laku Kewangan, Chelsea Berdepan Hukuman Berat

today11 September 2025

Background
chelsea


Chelsea dikenakan 74 pertuduhan rasmi daripada Football Association (FA) yang mendakwa mereka melanggar beberapa peraturan penting berkaitan dengan ejen, pelaburan pihak ketiga dan urusan perpindahan pemain.

Pertuduhan ini merangkumi pelbagai transaksi dan urusan yang berlaku daripada tahun 2009 sehingga 2022, dengan kebanyakannya berlaku sekitar musim 2010/11 hingga 2015/16.

Chelsea kini diberi masa sehingga 19 September 2025 untuk memberikan jawapan rasmi terhadap pertuduhan ini.

Kemudiannya, FA akan menilai bukti dan hujah yang dibawa sebelum menentukan sama ada kelab tersebut benar-benar bersalah.

Isu ejen dan pihak ketiga

Peraturan tentang ejen dan pelaburan pihak ketiga diwujudkan untuk memastikan urusan perpindahan pemain berlaku secara telus.

Pelanggaran boleh membuka ruang kepada manipulasi dalam pengurusan kewangan.

Hukuman yang bakal menanti

Jika didapati bersalah, FA boleh mengenakan denda besar, sekatan dalam urusan perpindahan, atau…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post