Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Hassan Sazali Waras mengakui disiplin yang ditampilkan anak buahnya menjelmakan hasil terbaik dalam membawa Malaysia ke perlawanan akhir Kejuaraan AFF B-19 2022.
Aksi di Stadio Patriot Chandrabhaga, Bekasi petang tadi menyaksikan skuad negara mencatatkan kemenangan 3-0 keatas pasukan yang dianggap sebagai antara pilihan juara iaitu Vietnam.
Pada perlawanan tersebut, barisan yang diketuai Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri berjaya menyerap dengan baik asakan hebat diberikan para pemain Vietnam sepanjang perlawanan.

Hassan Sazali bersama barisan kejurulatihan, pengurusan dan pemain simpanan. Kredit Foto: FAM
Malah, mereka dengan bijak dan tenang mengambil kesempatan untuk melancarkan serangan balas pantas sekali gus berhasil mendapatkan tiga gol menerusi Adam Farhan Mohd Faizal, Muhammad Haiqal Haqeemi Hairi dan Mohammad Haykal Danish…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
