
KUALA LUMPUR – Zus Coffee dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan memperkenalkan inisiatif Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera dengan memberikan diskaun kopi istimewa di 250 outlet Zus Coffee di seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga hujung tahun ini.
Melalui kempen tersebut, pengguna boleh mendapatkan kopi CEO Americano pada harga istimewa RM5, manakala CEO Latte ditawarkan pada RM7, iaitu diskaun sehingga 30 peratus berbanding harga asal menerusi pembelian di aplikasi Zus antara pukul 7 pagi dan 8 pagi setiap hari bekerja.
Langkah itu dilihat sebagai pendekatan kreatif untuk mengubah corak perjalanan harian warga kota dan membantu mengurangkan kesesakan trafik, dengan anggaran 1.2 juta kenderaan memasuki Kuala Lumpur setiap pagi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, usaha berkenaan merupakan satu langkah kecil ke arah Kuala Lumpur yang lebih sejahtera, sambil menyediakan pengalaman bekerja yang lebih baik di ibu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
